Apabila seseorang hamba memperolehi sesuatu kedudukan daripada Allah

TEKS BAHASA ARAB

إذا سبقت للعبد من الله تعالى منزلة لم يبلغها بعمله ابتلاه الله في جسده وفي أهله وماله ثم صبره على ذلك حتى ينال المنزلة التي سبقت له من الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang hamba memperolehi sesuatu kedudukan daripada Allah yang tidak dapat dia capai dengan amalannya, maka Allah akan memberikan ujian pada tubuhnya, ahli keluarganya dan hartanya. Kemudian dia bersabar menghadapi ujian tersebut sehingga dia mencapai kedudukan yang telah diberikan kepadanya oleh Allah SWT.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 234, hadis nombor 180. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه أبو داود من رواية ابن داسة عنه كما في الجامع الصغير وكذا البخاري في الكبير وأحمد (5/ 272) وأبو يعلى (ج 2/ رقم 923) والطبراني في المعجم الكبير كما في المجمع (ج 2/ رقم 923) والدولابي في الكنى (1/ 27) وابن أبي الدنيا والبيهقي كما في الدر المنثور (2/ 228) والبغوي في الكنى كما في الإصابة (7/ 104) من طريق أبي المليح الرقي عن محمد بن خالد عن أبيه عن جده. وكانت له صحبة أنه خرج زائرا فلم ينته إليه حتى بلغه أنه مريض. فلما دخل عليه قال: أتيتك زائرا أو أتيتك عائدا أو مبشرا. قال: وكيف جمعت هذا كله؟ قال: خرجت وأنا أريد زيارتك، فلم أصل إليك حتى بلغني شكاتك فكانت عيادة. وأبشرك بشيء سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إذا سبقت للعبد…الحديث.
قلت: وهذا سند ضعيف.

Dha’if. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Abu Daud melalui riwayat Ibn Dasar daripada Abu Daud sebagaimana dalam al-Jami’ al-Saghir, begitu juga al-Bukhari dalam al-Kabir, Ahmad (5/272), Abu Ya’la (juz 2/hadith : 923), al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir sebagaimana dalam al-Majma’ (juz 2/hadith : 923), al-Dawlabi dalam al-Kuna (1/27), Ibn Abi al-Dunya, al-Baihaqi sebagaimana dalam al-Dur al-Manthur (2/228), dan al-Baghawi dalam al-Kuna sebagaimana dalam al-Isabah (7/104) melalui sanad Abu al-Malih al-Ruqqi daripada Muhammad bin Khalid daripada ayahnya daripada datuknya. Datuk beliau sempat bertemu dengan Nabi SAW. Datuknya berkata bahawa beliau keluar untuk melakukan ziarah (saudaranya) namun sebelum sempat sampai kepadanya, beliau dapat tahu bahawa saudara sakit, apabila dia masuk menemui saudaranya, dia berkata: "Aku datang untuk menziarahimu atau aku aku datang untuk melawatmu atau memberikan berita gembira". Saudaranya bertanya: "Bagaimana engkau boleh menghimpunkan kesemua ini?". Beliau berkata: "Aku telah keluar dengan tujuan menziarahimu, namun belum sempat aku sampai kepadamu, aku mendapat tahu engkau sakit, maka tujuan ku berubah untuk melawat. Dan aku memberikan suatu berita gembira kepadamu yang aku pernah dengar daripada Rasulullah SAW, sabda Baginda SAW: "Apabila seseorang hamba memperolehi…". Saya berkata: Hadith ini dha’if. Al-Haythami berkata: "Muhammad bin Khalid dan ayahnya, saya tidak mengenali kedua mereka".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs