Apabila seseorang hamba mati dalam keadaan Allah mengetahui keburukan dirinya

TEKS BAHASA ARAB

إذا مات العبد، والله يعلم منه شرا، ويقول الناس فيه خيرا؛ قال الله عز وجل لملائكته: يا ملائكتي! قد قبلت شهادة عبادي على عبدي، وغفرت له علمي فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang hamba mati dalam keadaan Allah mengetahui keburukan dirinya sedangkan manusia mengatakan yang baik-baik tentangnya, Allah akan berfirman kepada para malaikat-Nya: Wahai para malaikat-Ku! Aku telah menerima penyaksian hamba-hamba-Ku terhadap hamba-Ku ini, dan Aku telah mengampunkan apa (keburukan) yang aku ketahui padanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2051, hadis nombor 10315. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عامر بن ربيعة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: إذا مات العبد، والله يعلم منه شرا، ويقول الناس فيه خيرا؛ قال الله عز وجل لملائكته: يا ملائكتي! قد قبلت شهادة عبادي على عبدي، وغفرت له علمي فيه.
[البزار، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (6448)]

(Palsu)
Daripada ‘Amir bin Rabi’ah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang hamba mati dalam keadaan Allah mengetahui keburukan dirinya sedangkan manusia mengatakan yang baik-baik tentangnya, Allah akan berfirman kepada para malaikat-Nya: Wahai para malaikat-Ku! Aku telah menerima penyaksian hamba-hamba-Ku terhadap hamba-Ku ini, dan Aku telah mengampunkan apa (keburukan) yang aku ketahui padanya.
[Riwayat al-Bazzar dan al-Dhia’ dalam al-Muntaqa min Masmu’atihi bi Marw. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6448]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs