Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا ماتَ العبدُ، واللَّهُ يعلمُ منْهُ شرًّا، ويقولُ النَّاسُ فيه خيرًا؛ قالَ اللَّهُ عز وجل لملائِكتِهِ: يا ملائكتي! قد قبلتُ شَهادةَ عبادي على عَبدي، وغفرتُ لَهُ علمي فيهِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seseorang hamba mati dalam keadaan Allah mengetahui keburukan dirinya sedangkan manusia mengatakan yang baik-baik tentangnya, Allah akan berfirman kepada para malaikat-Nya: Wahai para malaikat-Ku! Aku telah menerima penyaksian hamba-hamba-Ku terhadap hamba-Ku ini, dan Aku telah mengampunkan apa (keburukan) yang aku ketahui padanya.
Sahabat Perawi
- ‘Amir bin Rabi’ah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2051, hadis no. 10315. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عامر بن ربيعة رضي الله عنه ، قال: قال رسول الله ﷺ: إذا مات العبد، والله يعلم منه شرا، ويقول الناس فيه خيرا؛ قال الله عز وجل لملائكته: يا ملائكتي! قد قبلت شهادة عبادي على عبدي، وغفرت له علمي فيه. [البزار، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (6448)]
(Palsu) Daripada ‘Amir bin Rabi’ah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang hamba mati dalam keadaan Allah mengetahui keburukan dirinya sedangkan manusia mengatakan yang baik-baik tentangnya, Allah akan berfirman kepada para malaikat-Nya: Wahai para malaikat-Ku! Aku telah menerima penyaksian hamba-hamba-Ku terhadap hamba-Ku ini, dan Aku telah mengampunkan apa (keburukan) yang aku ketahui padanya. [Riwayat al-Bazzar dan al-Dhia’ dalam al-Muntaqa min Masmu’atihi bi Marw. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6448]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman