Apabila seseorang hamba itu takutkan Allah, maka berguguranlah dosa-dosanya sebagaimana berguguran daun-daun kering

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا اقشعر جلد العبد من خشية الله، تحاتت عنه ذنوبه كما يتحات عن الشجرة اليابسة ورقها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila gementar kulit seseorang hamba kerana takutkan Allah, maka berguguranlah dosa-dosanya sebagaimana berguguran daun-daun kering daripada pokok.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1992, hadis nombor 9980. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن العباس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا اقشعر جلد العبد من خشية الله، تحاتت عنه ذنوبه كما يتحات عن الشجرة اليابسة ورقها)).
[أبو بكر الشافعي في ((الفوائد))، خط، البزار، الواحدي في ((التفسير))، ((الضعيفة)) (2342)]

(Lemah) Daripada Abbas RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila gementar kulit seseorang hamba kerana takutkan Allah, maka berguguranlah dosa-dosanya sebagaimana berguguran daun-daun kering daripada pokok.
[Riwayat Abu Bakr al-Syafie dalam al-Fawaid, Khāṭib al-Baghdādī dalam Tarikh Baghdad, al-Bazzar, dan al-Wahidi dalam al-Tafsir. Lihat Silsilah al-Dai’fah no.2342]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.