Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Apabila seseorang hamba itu takut kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikan segala sesuatu takut kepadanya

Teks Bahasa Arab

إذا خافَ اللهَ العبدُ، أَخافَ منه كلَّ شيءٍ، وإذا لم يخَفِ العبدُ اللهَ، أخافَه اللهُ مِن كلِّ شيءٍ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila seseorang hamba itu takut kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikan segala sesuatu takut kepadanya. Manakala apabila seseorang hamba itu tidak takut kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikan dia takut kepada segala perkara.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 462, hadis no. 2480.

(موضوع) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: «إذا خاف الله العبد؛ أخاف منه كل شيء، وإذا لم يخف العبد الله؛ أخافه الله من كل شيء». [عق، «الضعيفة» (2546)].

(Palsu) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Apabila seseorang hamba itu takut kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikan segala sesuatu takut kepadanya. Manakala apabila seseorang hamba itu tidak takut kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikan dia takut kepada segala perkara". [Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2546].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.