Batil

30/06/2024

minit bacaan



Apabila seseorang hamba itu takut kepada Allah

Teks Bahasa Arab

إِذا خافَ الله العَبْدُ أخافَ الله مِنْهُ كُلَّ شَيءٍ وَإِذا لَمْ يَخَفِ العَبْدُ الله أخافَهُ الله مِنْ كُلِّ شَيءٍ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila seseorang hamba itu takut kepada Allah, maka Allah akan timbulkan rasa takut pada semua benda terhadapnya. Namun, jika seseorang hamba itu tidak takut kepada Allah, Allah akan timbulkan rasa takut (pada diri) nya terhadap semua benda.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 12, hadis no. 41. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ia batil sebagaimana dikatakan oleh sekelompok (ulama).

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.