Apabila seseorang hamba itu mengangkat takbir

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا كبر العبد سترت تكبيرته ما بين السماء والأرض من شيء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang hamba itu mengangkat takbir, takbirnya itu akan menutup apa sahaja yang berada di antara langit dan juga bumi.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 249, hadis nombor 1291. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي الدرداء – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا كبر العبد سترت تكبيرته ما بين السماء والأرض من شيء)). [خط، ابن عـساكر، ((الضعيفة)) (1826)]

(Palsu)
Daripada Abu Darda’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seseorang hamba itu mengangkat takbir, takbirnya itu akan menutup apa sahaja yang berada di antara langit dan juga bumi.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 1826]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.