Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا كَبَّرَ العبدُ سَتَرَتْ تكبيرتُه ما بين السماءِ والأرضِ من شيءٍ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seseorang hamba itu mengangkat takbir, takbirnya itu akan menutup apa sahaja yang berada di antara langit dan juga bumi.
Sahabat Perawi
- Abi Darda’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 249, hadis no. 1291. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه - . مرفوعاً: «إذا كبر العبد سترت تكبيرتُه ما بين السماء والأرض من شيء». [خط، ابن عـاكر، الضعيفة» (1826)].
(Palsu) Daripada Abi Darda’ ―raḍiyallāhu ‘anhu― secara marfu’: Apabila seseorang hamba itu mengangkat takbir, takbirnya itu akan menutup apa sahaja yang berada di antara langit dan juga bumi. [Tarikh Baghdad oleh al-Khatib, Ibn ‘Asakir, al-Dha‘īfah; no. 1826].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman