Apabila seseorang hamba itu lunak dalam berpaling daripada Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

إذا ألف العبد الإعراض عن الله تعالى ؛ ابتلاه بالوقيعة في الصالحين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang hamba itu lunak dalam berpaling daripada Allah SWT, dia akan diuji dengan mengucapkan sesuatu yang tidak baik kepada orang-orang soleh.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 106, hadis nombor 545. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: إذا أَلِفَ العَبْدُ الإعراضَ عَنِ الله تعالى؛ ابتلاهُ بالوقيعَةِ في الصَّالحينَ.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5741)]

(Palsu)
Daripada ‘Alī ibn Abū Ṭālib RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seseorang hamba itu lunak dalam berpaling daripada Allah SWT, dia akan diuji dengan mengucapkan sesuatu yang tidak baik kepada orang-orang soleh.
[Riwayat Ibn ‘Asākir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5741]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs