Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا ألِفَ العبدُ الإعراضَ عنِ اللَّهِ تعالى ؛ ابتلاهُ بالوَقيعةِ في الصالِحينَ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seseorang hamba itu lunak dalam berpaling daripada Allah SWT, dia akan diuji dengan mengucapkan sesuatu yang tidak baik kepada orang-orang soleh.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 106, hadis no. 545. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: إذا أَلِفَ العَبْدُ الإعراضَ عَنِ الله تعالى؛ ابتلاهُ بالوقيعَةِ في الصَّالحينَ. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5741)]
(Palsu) Daripada ‘Alī ibn Abū Ṭālib RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seseorang hamba itu lunak dalam berpaling daripada Allah SWT, dia akan diuji dengan mengucapkan sesuatu yang tidak baik kepada orang-orang soleh. [Riwayat Ibn ‘Asākir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5741]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman