Apabila seseorang hamba itu berwuduk, maka dosa-dosanya akan berguguran

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا توضأ العبد؛ تحاتت عنه ذنوبه؛ كما تحات ورق هذه الشجرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang hamba itu berwuduk, maka dosa-dosanya akan berguguran sebagaimana daun-daun yang berguguran daripada pohon ini.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1224, hadis nombor 6233. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي عثمان، قال: غزوت مع سلمان غزوة، فلما حضرت الصلاة، دعا بماء ثم تناول شجرة فحركها، فتحات ورقها، فقال: سلوني لم فعلت هذا؟ فسألوه، فقال: غزوت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم؛ ففعل مثل هذا، فقال: إذا توضأ العبد؛ تحاتت عنه ذنوبه؛ كما تحات ورق هذه الشجرة.
[هب، ((الضعيفة)) (6984)].

(Lemah)
Daripada Abi ‘Uthman, katanya: Aku pernah berperang bersama Salman dalam satu peperangan, apabila tibanya waktu solat, beliau meminta air, kemudian beliau mendapatkan satu pohon lalu beliau menggoncangnya menyebabkan daun-daunya berguguran, lalu Salman berkata: Tanyalah kepadaku mengapa aku melakukan perkara ini? Mereka pun bertanya Salman, lalu Salman menjawab: Aku pernah berperang bersama Rasulullah SAW, lalu baginda pun melakukan hal seperti ini, lalu baginda bersabda: Apabila seseorang hamba itu berwuduk, maka dosa-dosanya akan berguguran sebagaimana daun-daun yang berguguran daripada pohon ini.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6984].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.