Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا توضَّأَ العبدُ تحاتَّتْ عنهُ ذنوبه كما تَحاتَّ ورقُ هذِهِ الشَّجرةِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seseorang hamba itu berwuduk, maka dosa-dosanya akan berguguran sebagaimana daun-daun yang berguguran daripada pohon ini.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1224, hadis no. 6233. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي عثمان، قال: غزوت مع سلمان غزوة، فلما حضرت الصلاة، دعا بماء ثم تناول شجرة فحركها، فتحات ورقها، فقال: سلوني لم فعلت هذا؟ فسألوه، فقال: غزوت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم؛ ففعل مثل هذا، فقال: إذا توضأ العبد؛ تحاتت عنه ذنوبه؛ كما تحات ورق هذه الشجرة. [هب، ((الضعيفة)) (6984)].
(Lemah) Daripada Abi 'Uthman, katanya: Aku pernah berperang bersama Salman dalam satu peperangan, apabila tibanya waktu solat, beliau meminta air, kemudian beliau mendapatkan satu pohon lalu beliau menggoncangnya menyebabkan daun-daunya berguguran, lalu Salman berkata: Tanyalah kepadaku mengapa aku melakukan perkara ini? Mereka pun bertanya Salman, lalu Salman menjawab: Aku pernah berperang bersama Rasulullah SAW, lalu baginda pun melakukan hal seperti ini, lalu baginda bersabda: Apabila seseorang hamba itu berwuduk, maka dosa-dosanya akan berguguran sebagaimana daun-daun yang berguguran daripada pohon ini. [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6984].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman