Apabila seseorang hamba itu bertaubat

TEKS BAHASA ARAB

إذا تاب العبد من ذنوبه؛ أنسى الله حفظته ذنوبه، وأنسى ذلك جوارحه ومعالمه من الأرض؛ حتى يلقى الله يوم القيامة وليس عليه شاهد من الله بذنب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang hamba itu bertaubat daripada dosanya, Allah akan melupakan malaikat pencatat amalan akan segala dosanya. Begitu juga segala anggota badannya dan yang berkait dengannya semasa di dunia, sehinggakan apabila dia bertemu Allah pada hari kiamat, tidak ada saksi yang mempersaksikan dosanya kepadanya pada hari tersebut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2036 hadis nombor 10251. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: إذا تاب العبد من ذنوبه، أنسى الله حفظته ذنوبه، وأنسى ذلك جوارحه ومعالمه من الأرض، حتى يلقى الله يوم القيامة وليس عليه شاهد من الله بذنب.
[الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5256)]

(Lemah)
Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang hamba itu bertaubat daripada dosanya, Allah akan melupakan malaikat pencatat amalan akan segala dosanya. Begitu juga segala anggota badannya dan yang berkait dengannya semasa di dunia, sehinggakan apabila dia bertemu Allah pada hari kiamat, tidak ada saksi yang mempersaksikan dosanya kepadanya pada hari tersebut.
[Riwayat al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5256]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs