Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apabila seseorang hamba itu berkata: "Wahai Tuhan!" sebanyak empat kali

Teks Bahasa Arab

إذا قال العبدُ: يا ربِّ -أربعًا-، قال اللهُ -تبارك وتعالى-: لبيكَ عبدي سلْ تُعْطَ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila seseorang hamba itu berkata: "Wahai Tuhan!" sebanyak empat kali, Allah Tabaraka wa Ta‘ala berfirman: Aku sahut seruanmu, wahai hamba-Ku. Mintalah, akan diberikan kepada kamu.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1438, hadis no. 7309. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة رضي الله عنها أن النبي ﷺ قال: إذا قال العبد: يا رب -أربعا-، قال الله -تبارك وتعالى-: لبيك عبدي سل تعط. [البزار، ((الضعيفة)) (2693)].

(Sangat Lemah) Daripada ‘Āishah RA bahawa Nabi SAW bersabda: Apabila seseorang hamba itu berkata: "Wahai Tuhan!" sebanyak empat kali, Allah Tabaraka wa Ta‘ala berfirman: Aku sahut seruanmu, wahai hamba-Ku. Mintalah, akan diberikan kepada kamu. [Riwayat al-Bazzār dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2693].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.