Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Apabila seseorang daripada kamu meminang seseorang wanita

Teks Bahasa Arab

إِذا خَطَبَ أحدُكُم المَرْأةَ وهُوَ يَخْتَضِبُ بالسَّوادِ فليعلمها أنه يختضب.

Teks Bahasa Melayu

Apabila seseorang daripada kamu meminang seorang wanita, ketika itu dia mewarnakan rambut dengan warna hitam, maka hendaklah dia memberitahu wanita tersebut bahawa dia mewarnakan rambut.

Sahabat Perawi

  1. 'Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 12, hadis no. 46. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat perawi pendusta dan hadith tersebut jelas dusta, tidak sepatutnya Nabi SAW mengucapkannya yang mana Allah telah mengharamkan perbuatan mewarnakan rambut dengan warna hitam melalui lidah Baginda SAW sendiri.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.