Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذا دَخَلَ أحَدُكُمُ المَسْجِدَ فَلَا يَجْلِسْ حَتَّى يَرْكَعَ رَكْعتينِ وَإِذا دَخَلَ أحدُكُمْ بَيْتَهُ فَلَا يَجْلِسْ حَتَّى يَرْكَعَ رَكْعَتَيْنِ فإِنَّ الله جاعِلٌ له من ركعتيه في بيتِه خيرا.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seseorang daripada kamu masuk ke masjid, maka janganlah dia duduk hingga dia melakukan dua rakaat (solat). Juga Apabila seseorang daripada kamu masuk ke rumahnya, maka janganlah dia duduk hinggalah dia solat dua rakaat, kerana sesungguhnya Allah menjadikan untuknya melalui dua rakaat solat tersebut sebagai kebaikan.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 12, hadis no. 47. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
al-Bukhari berkata: "Tidak ada asalnya", Ibn 'Adi pula berkata: "Hadith munkar". Ibn al-Jawzi dan al-Zahabi telah membawakan hadith ini di bawah biografi Ibrahim Yazid bin Qadid yang termasuk dalam kalangan perawi-perawi dha'if untuk menunjukkan bahawa hadith tersebut termasuk dalam kalangan hadith-hadith munkar beliau.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman