TEKS BAHASA ARAB
إِذا قامَ أحدُكُمْ فِي الصَّلاةِ فَلَا يُغْمِضْ عينيه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila seseorang daripada kamu berdiri dalam solat, maka janganlah dia memejamkan matanya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 13, hadis nombor 52. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat Mus'ab bin Sa'id, beliaulah punca kecacatannya. Hadith ini adalah antara hadith yang menyebabkan al-Baihaqi mengkritik Imam al-Haramain kerana berhujjah dengan hadith tersebut dalam al-Nihayah.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.