Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Apabila seseorang daripada kamu berdiri dalam solat

Teks Bahasa Arab

إِذا قامَ أحدُكُمْ فِي الصَّلاةِ فَلَا يُغْمِضْ عينيه.

Teks Bahasa Melayu

Apabila seseorang daripada kamu berdiri dalam solat, maka janganlah dia memejamkan matanya.

Sahabat Perawi

  1. Ibn 'Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 13, hadis no. 52. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat Mus'ab bin Sa'id, beliaulah punca kecacatannya. Hadith ini adalah antara hadith yang menyebabkan al-Baihaqi mengkritik Imam al-Haramain kerana berhujjah dengan hadith tersebut dalam al-Nihayah.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.