Apabila seseorang daripada kami mengalami haid, baginda menyuruh kami agar memakai kain sarung yang longgar

TEKS BAHASA ARAB

كان يأمرنا إذا حاضت إحدانا أن تتزر بإزار واسع، ثم يلتزم صدرها وثدييها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang daripada kami mengalami haid, baginda menyuruh kami agar memakai kain sarung yang longgar, kemudian baginda menggauli bahagian dada dan payudaranya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1218, hadis nombor 6201. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن جميع بن عمير، قال: دخلت على عائشة مع أمي وخالتي، فسألتاها: كيف كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصنع إذا حاضت إحداكن؟ قالت: كان يأمرنا إذا حاضت إحدانا أن تتزر بإزار واسع ثم يلتزم صدرها وثدييها.
[ن، ((الضعيفة)) (5705)]

(Munkar)
Daripada Jami’ bin ‘Amir, katanya: Aku pernah masuk menemui ‘Aishah bersama ibu dan emak saudaraku, lalu kedua mereka bertanya ‘Aishah: Bagaimana yang selalu dilakukan oleh Rasulullah SAW apabila seseorang daripada kamu mengalami haid?, ‘Aishah menjawab: Apabila seseorang daripada kami mengalami haid, baginda menyuruh kami agar memakai kain sarung yang longgar, kemudian baginda menggauli bahagian dada dan payudaranya.
[Riwayat al-Nasa'ei, Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5705]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs