Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانَ يأمرنا إذا حاضت إحدانا أن تتَّزرَ بإزارٍ واسعٍ، ثمَّ يلتزمُ صدرَها وثدييْها.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seseorang daripada kami mengalami haid, baginda menyuruh kami agar memakai kain sarung yang longgar, kemudian baginda menggauli bahagian dada dan payudaranya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1218, hadis no. 6201. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن جميع بن عمير، قال: دخلت على عائشة مع أمي وخالتي، فسألتاها: كيف كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصنع إذا حاضت إحداكن؟ قالت: كان يأمرنا إذا حاضت إحدانا أن تتزر بإزار واسع ثم يلتزم صدرها وثدييها. [ن، ((الضعيفة)) (5705)]
(Munkar) Daripada Jami' bin 'Amir, katanya: Aku pernah masuk menemui 'Aishah bersama ibu dan emak saudaraku, lalu kedua mereka bertanya 'Aishah: Bagaimana yang selalu dilakukan oleh Rasulullah SAW apabila seseorang daripada kamu mengalami haid?, 'Aishah menjawab: Apabila seseorang daripada kami mengalami haid, baginda menyuruh kami agar memakai kain sarung yang longgar, kemudian baginda menggauli bahagian dada dan payudaranya. [Riwayat al-Nasa'ei, Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5705]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman