Apabila seseorang daripada kalian membeli daging maka perbanyakkanlah kuahnya, kerana jika seseorang itu tidak mendapat daging dia akan mendapat kuahnya

TEKS BAHASA ARAB

إذا اشترى أحدكم لحما، فليكثر مرقته، فإن لم يصب أحدكم لحما، أصاب من مرقته؛ فإنه أحد اللحمين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang daripada kalian membeli daging maka perbanyakkanlah kuahnya, kerana jika seseorang itu tidak mendapat daging dia akan mendapat kuahnya. Sesungguhnya ia (kuah itu) adalah salah satu daripada dua daging.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 394, hadis nombor 2106. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله المزني – رضي الله عنه – مرفوعا: «إذا اشترى أحدكم لحما، فليكثر مرقته، فإن لم يصب أحدكم لحما، أصاب من مرقته؛ فإنه أحد اللحمين». [ت، عد، ك، هب، «الضعيفة» (2341)].

(Lemah) Daripada Abdullah al-Muzani RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Apabila seseorang daripada kalian membeli daging maka perbanyakkanlah kuahnya, kerana jika seseorang itu tidak mendapat daging dia akan mendapat kuahnya. Sesungguhnya ia (kuah itu) adalah salah satu daripada dua daging". [Riwayat al-Tirmidzi dalam Sunannya, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2341].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs