Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا اشترَى أحدُكم لحمًا، فليُكثِر مَرقتَهُ، فإنَّ لم يُصِبْ أحدُكم لَحمًا، أصابَ من مرقتِهِ؛ فإنَّه أحدُ اللَّحمَينِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seseorang daripada kalian membeli daging maka perbanyakkanlah kuahnya, kerana jika seseorang itu tidak mendapat daging dia akan mendapat kuahnya. Sesungguhnya ia (kuah itu) adalah salah satu daripada dua daging.
Sahabat Perawi
- Abdullah al-Muzani RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 394, hadis no. 2106. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abdullah al-Muzani RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Apabila seseorang daripada kalian membeli daging maka perbanyakkanlah kuahnya, kerana jika seseorang itu tidak mendapat daging dia akan mendapat kuahnya. Sesungguhnya ia (kuah itu) adalah salah satu daripada dua daging". [Riwayat al-Tirmidzi dalam Sunannya, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2341].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman