Lemah dengan penambahan "bimbang"

30/06/2024

minit bacaan



Apabila seseorang daripada kalian masuk bertemu saudaranya yang Islam, lalu dia menjamunya makan

Teks Bahasa Arab

إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ عَلَى أَخِيهِ الْمُسْلِمِ، فَأَطْعَمَهُ فَلْيَأْكُلْ مِنْ طَعَامِهِ، وَلَا يَسْأَلْهُ عنه، وَإِنْ سَقَاهُ شَرَاباً، فَلْيَشْرَبْ مِنْ شَرَابِهِ وَلَا يَسْأَلْهُ عَنْهُ، فَإِنْ خَشِىَ مِنْهُ، فَلْيَكْسِرْهُ بِالْمَاءِ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila seseorang daripada kalian masuk bertemu saudaranya yang Islam, lalu dia menjamunya makan, maka hendaklah dia makan daripada jamuannya dan janganlah dia bertanya kepadanya tentang makanan tersebut. Jika dia memberinya minum, maka hendaklah dia minum daripada minumannya tadi dan janganlah dia bertanya kepadanya tentang minuman itu. Sekiranya dia bimbang dengan jamuan tadi, maka patahkanlah ia dengan air.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah dengan penambahan "bimbang"

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 425, hadis no. 2289. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بزيادة: (الخشية)) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إذا دخل أحدكم على أخيه المسلم، فأطعمه فليأكل من طعامه، ولا يسأله عنه، وإن سقاه شرابا، فليشرب من شرابه ولا يسأله عنه، فإن خشى منه، فليكسره بالماء». [ابن الجعد في «مسنده»، قط، عد، «الضعيفة» (6321)].

(Lemah Dengan Penambahan "bimbang") Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Apabila seseorang daripada kalian masuk bertemu saudaranya yang Islam, lalu dia menjamunya makan, maka hendaklah dia makan daripada jamuannya dan janganlah dia bertanya kepadanya tentang makanan tersebut. Jika dia memberinya minum, maka hendaklah dia minum daripada minumannya tadi dan janganlah dia bertanya kepadanya tentang minuman itu. Sekiranya dia bimbang dengan jamuan tadi, maka patahkanlah ia dengan air." [Riwayat Ibn al-Ja’d dalam al-Musnad, Sunan al-Dāraquṭnī dan Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6321].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.