Apabila seseorang dari kamu minum

TEKS BAHASA ARAB

إذا شرب أحدكم فليمص مصا ولا يعب عبا، فإن الكباد من العب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang dari kamu minum, maka minum lah dengan tenang, jangan minum dengan tergesa-gesa atau pun gelojoh, sesungguhnya penyakit dalam hati itu datang daripada gelojoh atau tergesa-tergesa.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1174, hadis nombor 5937. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعىف) عن ابن أبي حسين، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إذا شرب أحدكم فليمص مصا ولا يعب عبا، فإن الكباد من العب)). [أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (2571)]

(Lemah)
Daripada Ibn Abi Hussain telah berkata: Rasulullah SAW telah berkata: Apabila seseorang dari kamu minum, maka minum lah dengan tenang, jangan minum dengan tergesa-gesa atau pun gelojoh, sesungguhnya penyakit dalam hati itu datang daripada gelojoh atau tergesa-tergesa.
[Riwayat Abu Nu’aym dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 2571]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs