Apabila seseorang anak yatim menangis, ‘Arasy al-Rahman akan bergoncang

TEKS BAHASA ARAB

إن اليتيم إذا بكى؛ اهتز عرش الرحمن لبكائه، فيقول الله عز وجل لملائكته: من أبكى عبدي وأنا قبضت أباه وواريته في التراب؟! فيقولون ربنا لا علم لنا فيقول الرب تعالى اشهدوا لمن أرضاه أرضيه يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang anak yatim menangis, ‘Arasy al-Rahman akan bergoncang kerana tangisannya. Lalu Allah akan berfirman kepada malaikat-Nya: Siapa yang membuatkan hamba-Ku ini menangis, yang mana aku telah mencabut nyawa kedua ibu bapanya dan mengebumikan mereka di bawah tanah? Para malaikat menjawab: Wahai Tuhan kami! Kami tidak tahu. Lalu Tuhan berfirman: Saksikanlah! Sesiapa yang membuatkan anak yatim itu reda, Aku akan membuatnya reda di hari kiamat kelak.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2046, hadis nombor 10295. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جداً)
عن عمر بن الخطاب -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إنَّ اليتيمَ إذا بَكَى؛ اهتزَّ عرشُ الرَّحمنِ لبكائِه، فيقولُ اللَّهُ عزَّ وجلَّ لملائِكتِه: من أَبكى عبدي وأنا قبضتُ أباهُ وواريتُه في التُّرابِ؟! فيقولونَ ربُّنا لا عِلم لنا فيقولُ الرَّبُّ تعالى اشهَدوا لَمن أرضاهُ أُرضيهِ يومَ القيامةِ.
[أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (5852)]

(Sangat Munkar)
Daripada ‘Umar bin al-Khattab RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak yatim menangis, ‘Arasy al-Rahman akan bergoncang kerana tangisannya. Lalu Allah akan berfirman kepada malaikat-Nya: Siapa yang membuatkan hamba-Ku ini menangis, yang mana aku telah mencabut nyawa kedua ibu bapanya dan mengebumikan mereka di bawah tanah? Para malaikat menjawab: Wahai Tuhan kami! Kami tidak tahu. Lalu Tuhan berfirman: Saksikanlah! Sesiapa yang membuatkan anak yatim itu reda, Aku akan membuatnya reda di hari kiamat kelak.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5852]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs