Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ المُسْلِمَةَ إذا حملَت كانَ لَها أجرُ القائِمِ الصَّائمِ المُحرمِ المُجاهدِ في سَبيلِ اللَّهِ، حتَّى إذا وَضَعت؛ فإنَّ لَها بأوَّلِ رَضعةٍ ترضعُهُ أجرَ حياةِ نَسمةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seorang wanita muslimah mengandung, dia akan mendapat pahala seperti orang yang mendirikan solat, berpuasa, berihram dan berjihad di jalan Allah sehingga apabila dia melahirkan, dia mendapat pahala menghidupkan satu nyawa pada susuan pertamanya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2053, hadis no. 10325. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - أن النبي ﷺ قال: إن المسلمة إذا حملت كان لها أجر القائم الصائم المحرم المجاهد في سبيل الله، حتى إذا وضعت؛ فإن لها بأول رضعة ترضعه أجر حياة نسمة. [ع، ((الضعيفة)) (6256)]
(Sangat Munkar) Daripada Ibn ‘Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Apabila seorang wanita muslimah mengandung, dia akan mendapat pahala seperti orang yang mendirikan solat, berpuasa, berihram dan berjihad di jalan Allah sehingga apabila dia melahirkan, dia mendapat pahala menghidupkan satu nyawa pada susuan pertamanya. [Riwayat Abu Ya’la dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6256]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman