Apabila seorang wanita mandi wajib disebabkan haid

TEKS BAHASA ARAB

إذا اغتسلت المرأة من حيضها ، نقضت شعرها ، و غسلت بالخطمي والأشنان ، وإذا اغتسلت من الجنابة لم تنقض رأسها ، ولم تغسل بالخطمي و الأشنان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seorang wanita mandi wajib disebabkan haid, dia perlu merungkai rambutnya dan dia mandi dengan bunga al-khatmi (sejenis bunga seperti bunga raya) dan daun al-Ashnan (sejenis tumbuhan berfungsi seperti sabun). Dan apabila dia mandi wajib disebabkan junub, dia tidak perlu merungkai rambutnya dan tidak perlu mandi dengan bunga al-Khatmi dan daun al-Ashnan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1190, hadis nombor 6028. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: «إذا اغتسلت المرأة من حيضها، نقضت شعرها، وغسلت بالخطمي والأشنان، وإذا اغتسلت من الجنابة لم تنقض رأسها، ولم تغسل بالخطمي والأشنان». [الخطيب في ((تلخيص المتشابه))، هق، الدارقطني في ((الأفراد))، ((الضعيفة)) (937)].

(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seorang wanita mandi wajib disebabkan haid, dia perlu merungkai rambutnya dan dia mandi dengan bunga al-khatmi (sejenis bunga seperti bunga raya) dan daun al-Ashnan (sejenis tumbuhan berfungsi seperti sabun). Dan apabila dia mandi wajib disebabkan junub, dia tidak perlu merungkai rambutnya dan tidak perlu mandi dengan bunga al-Khatmi dan daun al-Ashnan. [Riwayat al-Khatib dalam Talkhis al-Mutasyabih, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra dan al-Daraqutni dalam al-Afrad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no: 937].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs