Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا اغتسَلَتْ المرأةُ مِنْ حيضِها ، نَقَضَتْ شَعْرَها ، و غسَلَتْ بالْخَطْمِيِّ والأُشْنانِ ، وإذا اغتسلَتْ من الجنابَةِ لم تنقُضْ رأسَها ، ولَمْ تَغْسِل بالخطْمِيِّ و الأُشْنانِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seorang wanita mandi wajib disebabkan haid, dia perlu merungkai rambutnya dan dia mandi dengan bunga al-khatmi (sejenis bunga seperti bunga raya) dan daun al-Ashnan (sejenis tumbuhan berfungsi seperti sabun). Dan apabila dia mandi wajib disebabkan junub, dia tidak perlu merungkai rambutnya dan tidak perlu mandi dengan bunga al-Khatmi dan daun al-Ashnan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1190, hadis no. 6028. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: «إذا اغتسلت المرأة من حيضها، نقضت شعرها، وغسلت بالخطمي والأشنان، وإذا اغتسلت من الجنابة لم تنقض رأسها، ولم تغسل بالخطمي والأشنان». [الخطيب في ((تلخيص المتشابه))، هق، الدارقطني في ((الأفراد))، ((الضعيفة)) (937)].
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seorang wanita mandi wajib disebabkan haid, dia perlu merungkai rambutnya dan dia mandi dengan bunga al-khatmi (sejenis bunga seperti bunga raya) dan daun al-Ashnan (sejenis tumbuhan berfungsi seperti sabun). Dan apabila dia mandi wajib disebabkan junub, dia tidak perlu merungkai rambutnya dan tidak perlu mandi dengan bunga al-Khatmi dan daun al-Ashnan. [Riwayat al-Khatib dalam Talkhis al-Mutasyabih, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra dan al-Daraqutni dalam al-Afrad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no: 937].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman