Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Apabila seorang wanita itu hamil

Teks Bahasa Arab

إذا حملتِ المرأةُ؛ فلها أجرُ الصائمِ القائمِ القانتِ المخبتِ المجاهدِ في سبيلِ اللهِ عز وجل، فإذا ضربها الطلقُ؛ فلا يدري أحدٌ من الخلائقِ ما لها من الأجرِ، فإذا وضعتْ؛ فلها بكل وضعةٍ عتقُ نسَمةٍ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila seorang wanita itu hamil, maka baginya pahala seperti orang yang sedang berpuasa, juga orang yang bertakwa yang melakukan amalannya secara tersembunyi, dan inilah dia seorang pejuang di jalan Allah. Apabila air ketubannya pecah, maka tiada sesiapa pun yang mengetahui pahalanya itu. Apabila dia melahirkan, setiap kelahiran itu dikira oleh Allah seperti membebaskan hamba.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2036, hadis no. 10252. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: إذا حملت المرأة، فلها أجر الصائم القانت المخبت المجاهد في سبيل الله - عز وجل -، فإذا ضربها الطلق، فلا يدري أحد من الخلائق ما لها من الأجر، فإذا وضعت، فلها بكل وضعة عتق نسمة. [ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن الجوزي، عد، ((الضعيفة)) (5085)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seorang wanita itu hamil, maka baginya pahala seperti orang yang sedang berpuasa, juga orang yang bertakwa yang melakukan amalannya secara tersembunyi, dan inilah dia seorang pejuang di jalan Allah. Apabila air ketubannya pecah, maka tiada sesiapa pun yang mengetahui pahalanya itu. Apabila dia melahirkan, setiap kelahiran itu dikira oleh Allah seperti membebaskan hamba. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du’afa’, Ibn al-Jauzi dan Ibn Adi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5085]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.