Apabila seorang wanita berkata kepada suaminya: Demi Allah! Aku tak pernah lihat kebaikan pada dirimu

TEKS BAHASA ARAB

إذا قالت المرأة لزوجها: والله! ما رأيت منك خيرا قط؛ فقد حبط عملها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seorang wanita berkata kepada suaminya: Demi Allah! Aku tak pernah lihat kebaikan pada dirimu walaupun sedikit, nescaya terhapuslah amalannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 967, hadis nombor 4989. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله ﷺ: ((إذا قالت المرأة لزوجها: والله ما رأيت منك خيرا قط، فقد حبط عملها)).
[عد، ((الضعيفة)) 6993].

(Palsu)
Daripada Anas RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila seorang wanita berkata kepada suaminya: Demi Allah! Aku tak pernah lihat kebaikan pada dirimu walaupun sedikit, nescaya terhapuslah amalannya.
[Riwayat Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil fi al-Dhu’afaa. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6993].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs