Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا قالتِ المرأةُ لزوجِها: ما رأيتُ منكَ خَيْرًا قَطُّ، فقد حَبِطَ عَمَلُها.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seorang wanita berkata kepada suaminya: 'Aku langsung tidak pernah melihat apa-apa kebaikan darimu', maka terhapuslah segala amalannya.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 777, hadis no. 3981. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا قالت المرأة لزوجها: ما رأيت منك خيرا قط، فقد حبط عملها)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1632)].
(Palsu) Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seorang wanita berkata kepada suaminya: 'Aku langsung tidak pernah melihat apa-apa kebaikan darimu', maka terhapuslah segala amalannya. [Riwayat Ibn 'Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1632].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman