Apabila seorang perempuan datang kepada Nabi SAW ketika berhijrah, Umar akan meminta mereka bersumpah

TEKS BAHASA ARAB

في قوله تبارك وتعالى: {إذا جاءكم المؤمنات مهاجرات فامتحنوهن الله أعلم بإيمانهن}، قال: كانت المرأة إذا جاءت النبي صلى الله عليه وسلم [مهاجرة] حلفها عمر: بالله ما خرجت رغبة بأرض عن أرض، وبالله ما خرجت التماس دنيا وبالله ما خرجت إلا حبا لله ولرسوله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dalam keterangan tentang firman Allah SWT: ‘Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka: Allah lebih mengetahui akan iman mereka.’ [al-Mumtahanah: 10]. Beliau berkata: Apabila seorang perempuan datang kepada Nabi SAW ketika berhijrah, Umar akan meminta mereka bersumpah: demi Allah bahawa dia (wanita itu) tidak keluar dengan kehendak untuk pergi ke suatu tempat dari suatu tempat, dan demi Allah dia tidak keluar demi mendapatkan dunia, dan demi Allah dia tidak keluar melainkan demi cintanya terhadap Allah dan Rasul-Nya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1559, hadis nombor 7898. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- في قوله تبارك وتعالى: {إذا جاءكم المؤمنات مهاجرات فامتحنوهن الله أعلم بإيمانهن}، قال: كَانَت المرأةُ إذا جاءت النبي صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم مُهاجِرَةٌ حَلَّفَها عمرُ: باَللَّهِ مَا خَرَجَتْ رَغْبَة بأرضٍ عَنْ أَرْض، وباللَّهِ مَا خَرَجَتْ اِلْتِمَاس دُنْيَا، وَباللَّهِ مَا خَرَجَتْ إِلَّا حُبّاً لِلَّهِ وَلِرَسُولِهِ. [ابن جرير، البزار، ((الضعيفة)) (6391)]

(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA, dalam keterangan tentang firman Allah SWT: ‘Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka: Allah lebih mengetahui akan iman mereka.’ [al-Mumtahanah: 10]. Beliau berkata: Apabila seorang perempuan datang kepada Nabi SAW ketika berhijrah, Umar akan meminta mereka bersumpah: demi Allah bahawa dia (wanita itu) tidak keluar dengan kehendak untuk pergi ke suatu tempat dari suatu tempat, dan demi Allah dia tidak keluar demi mendapatkan dunia, dan demi Allah dia tidak keluar melainkan demi cintanya terhadap Allah dan Rasul-Nya.
[Riwayat Ibn Jarir dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6391]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs