Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
في قوله تبارك وتعالى: {إذا جاءكم المؤمنات مهاجرات فامتحنوهن الله أعلم بإيمانهن}، قال: كَانَت المرأةُ إذا جاءت النبي صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم مُهاجِرَةٌ حَلَّفَها عمرُ: باَللَّهِ مَا خَرَجَتْ رَغْبَة بأرضٍ عَنْ أَرْض، وباللَّهِ مَا خَرَجَتْ اِلْتِمَاس دُنْيَا، وَباللَّهِ مَا خَرَجَتْ إِلَّا حُبّاً لِلَّهِ وَلِرَسُولِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Dalam keterangan tentang firman Allah SWT: ‘Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka: Allah lebih mengetahui akan iman mereka.’ [al-Mumtahanah: 10]. Beliau berkata: Apabila seorang perempuan datang kepada Nabi SAW ketika berhijrah, Umar akan meminta mereka bersumpah: demi Allah bahawa dia (wanita itu) tidak keluar dengan kehendak untuk pergi ke suatu tempat dari suatu tempat, dan demi Allah dia tidak keluar demi mendapatkan dunia, dan demi Allah dia tidak keluar melainkan demi cintanya terhadap Allah dan Rasul-Nya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1559, hadis no. 7898. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- في قوله تبارك وتعالى: {إذا جاءكم المؤمنات مهاجرات فامتحنوهن الله أعلم بإيمانهن}، قال: كَانَت المرأةُ إذا جاءت النبي صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم مُهاجِرَةٌ حَلَّفَها عمرُ: باَللَّهِ مَا خَرَجَتْ رَغْبَة بأرضٍ عَنْ أَرْض، وباللَّهِ مَا خَرَجَتْ اِلْتِمَاس دُنْيَا، وَباللَّهِ مَا خَرَجَتْ إِلَّا حُبّاً لِلَّهِ وَلِرَسُولِهِ. [ابن جرير، البزار، ((الضعيفة)) (6391)]
(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, dalam keterangan tentang firman Allah SWT: ‘Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka: Allah lebih mengetahui akan iman mereka.’ [al-Mumtahanah: 10]. Beliau berkata: Apabila seorang perempuan datang kepada Nabi SAW ketika berhijrah, Umar akan meminta mereka bersumpah: demi Allah bahawa dia (wanita itu) tidak keluar dengan kehendak untuk pergi ke suatu tempat dari suatu tempat, dan demi Allah dia tidak keluar demi mendapatkan dunia, dan demi Allah dia tidak keluar melainkan demi cintanya terhadap Allah dan Rasul-Nya. [Riwayat Ibn Jarir dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6391]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman