Apabila seorang peminta itu berhenti di hadapan pintu, maka rahmat akan turut berhenti bersamanya

TEKS BAHASA ARAB

إذا وقف السائل على الباب وقفت الرحمة معه؛ قبلها من قبلها، وردها من ردها، ومن نظر إلى مسكين نظر رحمة؛ نظر الله إليه نظر رحمة، ومن أطال الصلاة خفف الله عنه القيام يوم القيامة، (يوم يقوم الناس لرب العالمين) ، ومن أكثر الدعاء قالت الملائكة: صوت معروف، ودعاء مستجاب، وحاجة مقضية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seorang peminta itu berhenti di hadapan pintu, maka rahmat akan turut berhenti bersamanya. Akan menerimanya mereka yang menerimanya, serta menolaknya mereka yang menolaknya. Sesiapa yang melihat ke arah orang miskin dengan pandangan rahmat, maka Allah SWT akan melihat ke arahnya dengan pandangan rahmat. Sesiapa yang memanjangkan solat, Allah SWT akan meringankan baginya berdiri pada hari kiamat. (Pada) hari yang mana manusia berdiri kepada Tuhan sekalian alam. sesiapa yang memperbanyakkan doa, para malaikat akan berkata: “Suara yang dikenali, doa yang mustajab, serta hajat yang ditunaikan.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 39, hadis nombor 150. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ثور بن يزيد يرفع الحديث: ((إذا وقف السائل على الباب وقفت الرحمة معه؛ قبلها من قبلها، وردها من ردها، ومن نظر إلى مسكين نظر رحمة؛ نظر الله إليه نظر رحمة، ومن أطال الصلاة خفف الله عنه القيام يوم القيامة، (يوم يقوم الناس لرب العالمين)، ومن أكثر الدعاء قالت الملائكة: صوت معروف، ودعاء مستجاب، وحاجة مقضية)).
[حل، ((الضعيفة)) (2728)]

(Lemah) Daripada Thawr ibn Yazīd dan beliau memarfu’kan hadis (menyandarkannya kepada Nabi SAW): Apabila seorang peminta itu berhenti di hadapan pintu, maka rahmat akan turut berhenti bersamanya. Akan menerimanya mereka yang menerimanya, serta menolaknya mereka yang menolaknya. Sesiapa yang melihat ke arah orang miskin dengan pandangan rahmat, maka Allah SWT akan melihat ke arahnya dengan pandangan rahmat. Sesiapa yang memanjangkan solat, Allah SWT akan meringankan baginya berdiri pada Hari Kiamat. (Pada) hari yang mana manusia berdiri kepada Tuhan sekalian alam. Dan sesiapa yang memperbanyakkan doa, para malaikat akan berkata: Suara yang dikenali, doa yang mustajab, serta hajat yang ditunaikan.
[Riwayat Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2728]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs