Apabila seorang muazzin memegang telinganya, Tuhan akan meletakkan tangan-Nya di atas kepalanya

TEKS BAHASA ARAB

إذا أخذ المؤذن في أذانه، وضع الرب يده فوق رأسه، فلا يزال كذلك حتى يفرغ من أذانه، وإنه ليغفر له مد صوته، فإذا فرغ قال الرب – عز وجل -: صدقت عبدي، وشهدت بشهادة الحق، فأبشر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seorang muazzin memegang telinganya, Tuhan akan meletakkan tangan-Nya di atas kepalanya. Berterusanlah keadaannya sebegitu sehinggalah dia selesai mengumandangkan azannya. Sesungguhnya seorang muazzin itu diampunkan berdasarkan panjang suaranya. Apabila dia selesai melaungkan azan, Tuhan Azza wa Jalla akan berkata: Kau telah benar wahai hamba-Ku dan kau telah menyaksikan dengan penyaksian yang benar. Bergembiralah kamu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 254, hadis nombor 1316. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إذا أخذ المؤذن في أذانه، وضع الرب يده فوق رأسه، فلا يزال كذلك حتى يفرغ من أذانه، وإنه ليغفر له مد صوته، فإذا فرغ قال الرب -عز وجل -: صدقت عبدي، وشهدت بشهادة الحق، فأبشر)). [أبونعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة))، (2213)]

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang muazzin memegang telinganya, Tuhan akan meletakkan tangan-Nya di atas kepalanya. Berterusanlah keadaannya sebegitu sehinggalah dia selesai mengumandangkan azannya. Sesungguhnya seorang muazzin itu diampunkan berdasarkan panjang suaranya. Apabila dia selesai melaungkan azan, Tuhan Azza wa Jalla akan berkata: Kau telah benar wahai hamba-Ku dan kau telah menyaksikan dengan penyaksian yang benar. Bergembiralah kamu.
[Riwayat Abu Nu‘aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2213]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs