Apabila seorang lelaki sedang diumpat dalam keadaan kamu berada dalam khalayak

TEKS BAHASA ARAB

إذا وقع في الرجل وأنت في ملإ، فكن للرجل ناصرا، وللقوم زاجرا، أو قم عنهم. ثم تلا هذه الآية: { أيحب أحدكم أن يأكل لحم أخيه ميتا فكرهتموه } [الحجرات: 12].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seorang lelaki sedang diumpat dalam keadaan kamu berada dalam khalayak (mereka yang mengumpat), maka pertahankanlah lelaki (yang diumpat tersebut) dan bantahlah kumpulan yang mengumpat itu. Ataupun beredarlah dari mereka. Kemudian baginda membaca ayat ini: (Maksudnya:) {Adakah seseorang dari kamu suka untuk memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka, sudah tentu kamu jijik kepadanya}. [Surah al-Hujurat: 12]

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 142, hadis nombor 711. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إذا وقع في الرجل وأنت في ملإ، فكن للرجل ناصرا، وللقوم زاجرا، أو قم عنهم. ثم تلا هذه الآية: { أيحب أحدكم أن يأكل لحم أخيه ميتا فكرهتموه } [الحجرات: 12].)). [ابن أبي الدنيا في ((الصمت)) و((الغيبة))، ((الضعيفة)) (7003)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Mālik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang lelaki sedang diumpat dalam keadaan kamu berada dalam khalayak (mereka yang mengumpat), maka pertahankanlah lelaki (yang diumpat tersebut) dan bantahlah kumpulan yang mengumpat itu. Ataupun beredarlah dari mereka. Kemudian baginda membaca ayat ini: (Maksudnya:) {Adakah seseorang dari kamu suka untuk memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka, sudah tentu kamu jijik kepadanya}. [Surah al-Hujurat: 12].
[Riwayat Ibn Abī al-Dunyā dalam al-Ṣamt dan al-Ghībah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7003]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs