Apabila seorang lelaki reda terhadap seorang lelaki, petunjuknya dan juga sunnahnya

TEKS BAHASA ARAB

إذا رضي الرجل عن الرجل وهديه وسنته فإنه مثله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seorang lelaki reda terhadap seorang lelaki, petunjuknya dan juga sunnahnya, maka dia adalah sama sepertinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 47, hadis nombor 188. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا رضي الرجل عن الرجل وهديه وسنته فإنه مثله)).
[الرفاعي، ((الضعيفة)) (3303)]

(Palsu) Daripada Abū Hurairah RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila seorang lelaki reda terhadap seorang lelaki, petunjuknya dan juga sunnahnya, maka dia adalah sama sepertinya.
[Riwayat al-Rāfi‘ī dalam Tārikh Qazwin. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3303]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.