Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا رضى الرَّجُلُ عن الرَّجُلِ وهديِهِ وسنَّتِهِ فإنَّهُ مثلُهُ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seorang lelaki reda terhadap seorang lelaki, petunjuknya dan juga sunnahnya, maka dia adalah sama sepertinya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 47, hadis no. 188. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا رضي الرجل عن الرجل وهديه وسنته فإنه مثله)). [الرفاعي، ((الضعيفة)) (3303)]
(Palsu) Daripada Abū Hurairah RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila seorang lelaki reda terhadap seorang lelaki, petunjuknya dan juga sunnahnya, maka dia adalah sama sepertinya. [Riwayat al-Rāfi‘ī dalam Tārikh Qazwin. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3303]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman