Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا تزوَّج الرَّجُلُ المَرْأَةَ لِدِينِهَا وجمَالِهَا كَانَ فِيهِ سدَادٌ مِن عِوَزٍ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seorang lelaki mengahwini seorang wanita kerana agamanya dan kecantikannya, maka dia telah mendapatkan segala apa yang telah dia perlukan dalam hidupnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 924, hadis no. 4750. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: إذا تزوج الرجل المرأة لدينها وجمالها كان فيه سداد من عوز. [فر، الضعيفة (2401)].
(Lemah) Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seorang lelaki mengahwini seorang wanita kerana agamanya dan kecantikannya, maka dia telah mendapatkan segala apa yang telah dia perlukan dalam hidupnya. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2401].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman