TEKS BAHASA ARAB
إذا قرأ الرجل القرآن، وأحتشى من أحاديث رسول الله صلى الله عليه وسلم، وكانت هناك غريزة؛ كان خليفة من خلفاء الأنبياء عليهم السلام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila seorang lelaki membaca al-Quran, sedang dirinya dipenuhi dengan hadis-hadis Rasulullah SAW dan terdapat di sana naluri (dari pengetahuan fiqh hadis), maka jadilah dia seorang khalifah (pengganti) daripada khalifah-khalifah para Nabi AS.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1572, hadis nombor 7958. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) أن أبي أمامة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا قرأ الرجل القرآن، وأحتشى من أحاديث رسول الله صلى الله عليه وسلم، وكانت هناك غريزة؛ كان خليفة من خلفاء الأنبياء عليهم السلام)). [الرافعي في ((تاريخ قزوين))، ((الضعيفة)) (6995)].
(Palsu) Daripada Abu Umamah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seorang lelaki membaca al-Quran, sedang dirinya dipenuhi dengan hadis-hadis Rasulullah SAW dan terdapat di sana naluri (dari pengetahuan fiqh hadis), maka jadilah dia seorang khalifah (pengganti) daripada khalifah-khalifah para Nabi AS. [Diriwayatkan oleh al-Rafi’i dalam Kitab Tarikh Qazwin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6995].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.