Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا قرأ الرجلُ القرآن، وأحتشَى من أحاديث رسول الله صلى الله عليه وسلم، وكانت هناك غَريزة؛ كان خليفةُ من خلفاءِ الأنبياء عليهم السلام.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seorang lelaki membaca al-Quran, sedang dirinya dipenuhi dengan hadis-hadis Rasulullah SAW dan terdapat di sana naluri (dari pengetahuan fiqh hadis), maka jadilah dia seorang khalifah (pengganti) daripada khalifah-khalifah para Nabi AS.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1572, hadis no. 7958. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) أن أبي أمامة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا قرأ الرجل القرآن، وأحتشى من أحاديث رسول الله صلى الله عليه وسلم، وكانت هناك غريزة؛ كان خليفة من خلفاء الأنبياء عليهم السلام)). [الرافعي في ((تاريخ قزوين))، ((الضعيفة)) (6995)].
(Palsu) Daripada Abu Umamah RA, secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seorang lelaki membaca al-Quran, sedang dirinya dipenuhi dengan hadis-hadis Rasulullah SAW dan terdapat di sana naluri (dari pengetahuan fiqh hadis), maka jadilah dia seorang khalifah (pengganti) daripada khalifah-khalifah para Nabi AS. [Diriwayatkan oleh al-Rafi’i dalam Kitab Tarikh Qazwin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6995].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman