Apabila seorang lelaki itu dikutuk semasa kamu berada dalam suatu kumpulan, hendaklah kamu menjadi penolong kepada lelaki tersebut dan menegah perbuatan kumpulan itu atau beredarlah daripada mereka

TEKS BAHASA ARAB

إذا وقع في الرجل وأنت في ملأ؛ فكن للرجل ناصرا، وللقوم زاجرا، أو قم عنهم. ثم تلا هذه الآية: {أيحب أحدكم أن يأكل لحم أخيه ميتا فكرهتموه} [الحجرات: 12].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seorang lelaki itu dikutuk semasa kamu berada dalam suatu kumpulan, hendaklah kamu menjadi penolong kepada lelaki tersebut dan menegah perbuatan kumpulan itu atau beredarlah daripada mereka. Kemudian baginda membacakan ayat ini: "Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Nescaya kamu akan merasa jijik" [Al-Hujurat: 12].

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 241, hadis nombor 1266. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «إذا وقع في الرجل وأنت في ملأ؛ فكن للرجل ناصراً، وللقوم زاجراً، أو قم عنهم. ثم تلا هذه الآية: {أيحب أحدكم أن يأكل لحم أخيه ميتا فكرهتموه} [الحجرات: 12]». [ابن أبي الدنيا في «الصمت» و«الغيبة»، «الضعيفة» (7003)].

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Apabila seorang lelaki itu dikutuk semasa kamu berada dalam suatu kumpulan, hendaklah kamu menjadi penolong kepada lelaki tersebut dan menegah perbuatan kumpulan itu atau beredarlah daripada mereka". Kemudian baginda membacakan ayat ini: "Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Nescaya kamu akan merasa jijik" [Al-Hujurat: 12]. [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Samt dan al-Ghibah. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 7003].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs