Apabila seorang lelaki itu berdiri ketika menunaikan solat, Allah akan melihat ke arahnya dengan wajah-Nya

TEKS BAHASA ARAB

إذا قام الرجل في صلاته أقبل الله عليه بوجهه، فإذا التفت قال: يا ابن آدم! إلى من تلتفت، إلى من هو خير لك مني؟! أقبل إلي، فإذا التفت الثانية قال مثل ذلك، فإذا التفت الثالثة صرف الله وجهه عنه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seorang lelaki itu berdiri ketika menunaikan solat, Allah akan melihat ke arahnya dengan wajah-Nya. Dan apabila dia berpaling, Allah akan berkata: Wahai anak Adam, kepada siapakah kamu berpaling? Siapakah yang lebih baik untukmu berbanding Aku ? Hadaplah ke arah-Ku. Sekiranya dia berpaling buat kali yang kedua, Dia (Allah) akan berkata dengan ucapan yang sama. Dan jika dia berpaling buat kali yang ketiga, Allah akan memalingkan wajah-Nya darinya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 262, hadis nombor 1361. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إذا قام الرجل في صلاته أقبل الله عليه بوجهه، فإذا التفت قال: يا ابن آدم! إلى من تلتفت، إلى من هو خير لك مني؟! أقبل إلي، فإذا التفت الثانية قال مثل ذلك، فإذا التفت الثالثة صرف الله وجهه عنه)). [البزار، ((الضعيفة)) (2694)]

(Lemah)
Daripada Jabir RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang lelaki itu berdiri ketika menunaikan solat, Allah akan melihat ke arahnya dengan wajah-Nya. Dan apabila dia berpaling, Allah akan berkata: Wahai anak Adam, kepada siapakah kamu berpaling? Siapakah yang lebih baik untukmu berbanding Aku? Hadaplah ke arah-Ku. Sekiranya dia berpaling buat kali yang kedua, Dia (Allah) akan berkata dengan ucapan yang sama. Dan jika dia berpaling buat kali yang ketiga, Allah akan memalingkan wajah-Nya darinya.
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2694]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs