Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Apabila seorang lelaki daripada kalangan ahli syurga mati, Allah malu untuk mengazab orang yang mengusungnya

Teks Bahasa Arab

إذا ماتَ الرجلُ من أهلِ الجنةِ، استحَى اللهُ أن يُعذِّبَ مَن حملَهُ، ومن تبِعهُ، ومن صلَّى عليهِ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila seorang lelaki daripada kalangan ahli syurga mati, Allah malu untuk mengazab orang yang mengusungnya, orang yang mengiringinya dan orang yang menunaikan solat (jenazah) ke atasnya.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 365, hadis no. 1946. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر - رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «إذا مات الرجل من أهل الجنة، استحيى الله أن يعذب من حمله، ومن تبعه، ومن صلى عليه». [فر، «الضعيفة» (6894)].

(Palsu) Daripada Jabir RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Apabila seorang lelaki daripada kalangan ahli syurga mati, Allah malu untuk mengazab orang yang mengusungnya, orang yang mengiringinya dan orang yang menunaikan solat (jenazah) ke atasnya". [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6894].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.