Apabila seorang lelaki dalam kalangan ahli syurga meninggal dunia

TEKS BAHASA ARAB

إذا مات الرجل من أهل الجنة، استحيى الله أن يعذب من حمله، ومن تبعه، ومن صلى عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seorang lelaki dalam kalangan ahli syurga meninggal dunia, Allah malu untuk mengazab orang yang mengangkat (mengusung) jenazahnya, orang yang mengiringinya, serta orang yang menunaikan solat (jenazah) ke atasnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 711, hadis nombor 3639. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن جابر رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: إذا مات الرجل من أهل الجنة، استحيى الله أن يعذب من حمله، ومن تبعه، ومن صلى عليه.
[فر، ((الضعيفة)) (6894)].

(Palsu)
Daripada Jabir RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang lelaki dalam kalangan ahli syurga meninggal dunia, Allah malu untuk mengazab orang yang mengangkat (mengusung) jenazahnya, orang yang mengiringinya, serta orang yang menunaikan solat (jenazah) ke atasnya.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6894].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.