Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا ماتَ الرجلُ من أهلِ الجنةِ، استحيى اللهُ أن يُعذِّبَ مَن حملَهُ، ومن تبِعهُ، ومن صلَّى عليهِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seorang lelaki dalam kalangan ahli syurga meninggal dunia, Allah segan untuk mengazab sesiapa yang mengangkat jenazahnya, mengiringinya dan solat ke atasnya.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1773, hadis no. 8926. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا مات الرجل من أهل الجنة، استحيى الله أن يعذب من حمله، ومن تبعه، ومن صلى عليه)). [فر، ((الضعيفة)) (6894)]
(Palsu) Daripada Jābir RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang lelaki dalam kalangan ahli syurga meninggal dunia, Allah segan untuk mengazab sesiapa yang mengangkat jenazahnya, mengiringinya dan solat ke atasnya. [Riwayat al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6894]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman