Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا نكحَ الرجلُ المرأةَ؛ فلا يحلُّ له أن يتزوّج أمَّها دخلَ بالابنةِ أو لم يدخُلْ، وإذا تزوجَ الأمَّ فلم يدخل بها ثم طلَّقها؛ فإن شاءَ تزوجَ الابنةَ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seorang lelaki bernikah dengan seorang wanita, maka tidak halal baginya untuk menikahi mak wanita tersebut, sama ada ia telah bersetubuh dengan isterinya ataupun tidak. Tetapi apabila ia mengahwini ibunya, dan tidak menyetubuhinya kemudian ia menceraikan ibunya, sekiranya dia mahu, boleh baginya untuk menikahi anak wanita tersebut.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 958, hadis no. 4948. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو – رضي الله عنهما – عن النبي ﷺ قال: إذا نكح الرجل المرأة فلا يحل له أن يتزوج أمها دخل بالابنة أو لم يدخل، وإذا تزوج الأم فلم يدخل بها ثم طلقها؛ فإن شاء تزوج الابنة. [عب، عبد بن حميد، ابن جرير، ابن المنذر، هق، الضعيفة (6111)].
(Lemah) Diriwayatkan daripada Abdullah Bin ‘Amru RA bahawa Nabi SAW bersabda: Apabila seorang lelaki bernikah dengan seorang wanita, maka tidak halal baginya untuk menikahi mak wanita tersebut, sama ada ia telah bersetubuh dengan isterinya ataupun tidak. Tetapi apabila ia mengahwini ibunya, dan tidak menyetubuhinya kemudian ia menceraikan ibunya, sekiranya dia mahu, boleh baginya untuk menikahi anak wanita tersebut. [Riwayat Abdul Razzak dalam Musannaf-nya, ‘Abd bin Humaid, Ibn Jarir, Ibn al-Munzir dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6111].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman