Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أطاق الغلامُ صومَ ثلاثةِ أيامٍ ؛ وجب عليه صومُ رمضانَ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seorang kanak-kanak mampu untuk berpuasa tiga hari, maka wajib ke atasnya berpuasa.
Sahabat Perawi
- Abu Labibah Al-Asyhuliy RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 958, hadis no. 4945. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي لبيبة الأشهلي - رضي الله عنه – قال: قال رسول الله ﷺ: إذا أطاق الغلام صوم ثلاثة أيام، وجب عليه صوم رمضان. [ابن حبان في الضعفاء، أبو نعيم في معرفة الصحابة، فر، الضعيفة (6354)].
(Munkar) Diriwayatkan daripada Abi Labibah Al-Asyhuliy RA berkata: Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang kanak-kanak mampu untuk berpuasa tiga hari, maka wajib ke atasnya berpuasa. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhua’fa’, Abu Nu’aim dalam Marifah al-Sahabah dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6354].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman