TEKS BAHASA ARAB
إذا ادعت المرأة طلاق زوجها، فجاءت على ذلك بشاهد عدل، استحلف زوجها، فإن حلف بطلت شهادة الشاهد، وإن نكل، فنكوله بمنزلة شاهد آخر، وجاز طلاقه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila seorang isteri meminta suaminya menceraikannya, kemudian dia mendatangkan seorang saksi yang adil di atas tuntutan cerainya itu, lalu suaminya diminta untuk bersumpah. Sekiranya dia bersumpah maka terbatallah penyaksian saksi itu. Sekiranya dia enggan, maka keengganannya itu setaraf saksi yang lain dan talaknya jatuh.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 924, hadis nombor 4745. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن عبد بن عمرو -رضي الله عنهما- عن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: ((إذا ادعت المرأة طلاق زوجها، فجاءت على ذلك بشاهد عدل، استحلف زوجها، فإن حلف بطلت شهادة الشاهد، وإن نكل، فنكوله بمنزلة شاهد آخر، وجاز طلاقه)).
[ه، ابن أبي حاتم في ((العلل))، خط، ((الضعيفة)) (2211)].
(Lemah)
Daripada ‘Abd bin ‘Amru RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila seorang isteri meminta suaminya menceraikannya, kemudian dia mendatangkan seorang saksi yang adil di atas tuntutan cerainya itu, lalu suaminya diminta untuk bersumpah. Sekiranya dia bersumpah maka terbatallah penyaksian saksi itu. Sekiranya dia enggan, maka keengganannya itu setaraf saksi yang lain dan talaknya jatuh.
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunan beliau, Ibn Abi Hatim dalam al-‘Ilal, dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2211].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.