Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apabila seorang isteri meminta suaminya menceraikannya

Teks Bahasa Arab

إذا ادَّعَتِ المرأةُ طلاقَ زوجِها، فجاءتْ على ذلِكَ بشاهِدٍ عدْلٍ، استُحْلِفَ زوجُها، فإِنْ حلف بطلَتْ شهادةُ الشاهِدِ، وإِنْ نكَلَ فنُكُولُهُ بمنزِلَةِ شاهِدٍ آخَرَ، وجازَ طلاقُهُ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila seorang isteri meminta suaminya menceraikannya, kemudian dia mendatangkan seorang saksi yang adil di atas tuntutan cerainya itu, lalu suaminya diminta untuk bersumpah. Sekiranya dia bersumpah maka terbatallah penyaksian saksi itu. Sekiranya dia enggan, maka keengganannya itu setaraf saksi yang lain dan talaknya jatuh.

Sahabat Perawi

  1. ‘Abd bin ‘Amru RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 924, hadis no. 4745. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد بن عمرو -رضي الله عنهما- عن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: إذا ادعت المرأة طلاق زوجها، فجاءت على ذلك بشاهد عدل، استحلف زوجها، فإن حلف بطلت شهادة الشاهد، وإن نكل، فنكوله بمنزلة شاهد آخر، وجاز طلاقه. [ه، ابن أبي حاتم في العلل، خط، الضعيفة (2211)].

(Lemah) Daripada ‘Abd bin ‘Amru RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila seorang isteri meminta suaminya menceraikannya, kemudian dia mendatangkan seorang saksi yang adil di atas tuntutan cerainya itu, lalu suaminya diminta untuk bersumpah. Sekiranya dia bersumpah maka terbatallah penyaksian saksi itu. Sekiranya dia enggan, maka keengganannya itu setaraf saksi yang lain dan talaknya jatuh. [Riwayat Ibn Majah dalam Sunan beliau, Ibn Abi Hatim dalam al-‘Ilal, dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2211].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.